Wednesday, April 15, 2009

SELAMAT DATANG KE PSS SJK(T)KANGAR






















Salam Sejahtera dan selamat datang ke BLOG PSS SJK(T)KANGAR


Terima kasih diucapkan kepada semua pelanggan yang melanggan Blog sekolah ini.
Sekolah ini merupakan sekolah aliran Bahasa Tamil yang tunggal di Negeri Perlis Indera . Ianya terletak sejauh 2 km dari Bandar Kangar. Lokasinya di Jalan Padang Katong, 01000 Kangar. Ia mempunyai sejarah perkembanganya sendiri sejak ia ditubuhkan pada 1936. Kini, Sekolah ini memiliki bangunan tiga tingkat pada tahun 2003.
. Seramai 12 orang guru bertugas disekolah ini.

PSS merupakan nadi utama bagi sesebuah sekolah. Sehubungan dengan itu, PSS SJK(T)Kangar menyediakan pelbagai kemudahan untuk semua warga sekolah. Pelancaran BLOG PSS Sekolah menjadi peranta yang baik untuk guru mahupun murid.
Semoga anda mendapat manfaat dan maklumat yang diperlukan melalui Blog ini.





Sejarah bilik Perpustakaan ini tidak wujud semenjak sekolah ini berpindah mulai tahun 1934 sehingga bangunan sementaranya bertapak di Jalan Padang Katong, 01000 Kangar, Perlis .
  • 1982 – Sekolah ini tidak mempunyai bilik yang tetap dan hanya menumpang di bilik yang kosong sahaja.
  • 1990 – Sekolah ini memiliki sebuah bangunan tambahan dengan 4 bilik darjah hasil gotong royong oleh PIBG. Sebuah bilik darjah dibahagikan kepada bilik muzik, bilik bahan bantu mengajar, dan PSS .
  • 2002 – Menumpang SK Putra kerana pembinaan bangunan baru sekolah. PSS tetap kekal di tapak bangunan asal ( stor buku ).
  • Jun 2003 – Pusat Sumber Sekolah mula beroperasi di bilik-bilik khas yang diperuntukan. Perpustakaan, bilik BBM dan bilik APD beroperasi di tingkat 2 bangunan baru sekolah. Sementara itu bilik komputer beroperasi di tingkat 1.
  • Jun 2006 - Pemindahan bilik BBM ke tingkat 1 berhampiran dengan bilik darjah tahun 4 untuk tujuan penubuhan bilik BOSS.
  • Jan 2007- Proses kerja menaik taraf fizikal dan pengurusan PSS oleh Pn. G.Gunamadey